“Anak tahu tak, rumah yang anak
duduk itu ada penghuni. Kalau tak silap Mak Long penghuni itu jenis ‘Bunian’.
Anak tak rasa apa- apa ke?” soal Mak Long.
“Tak pula, Mak Long. Cuma, bila hendak masuk
waktu Maghrib sahaja rumah itu mula berbau semerbak dengan wangian.” Aku
menjelaskan apa yang aku alami.
“Macam inilah, nak. Kalau anak nak dengar cakap
Mak Long, janganlah tinggal lama di dalam rumah itu. Mak Long takut akhirnya
engkau cakap sorang- sorang aje, nak.” Jelas Mak Long yang agak menghairankan
aku.
“Kenapa
mesti cakap sorang- sorang macam orang gila?” bisikku di dalam hati.
Aku meneruskan perbualan. Ketika itu sudah masuk
waktu asar.
“Baiklah, Mak Long. Nasihat Mak Long akan saya
turuti. Tetapi, memandangkan saya baru saja menduduki kuarters itu, biarlah
saya duduk buat seketika. Nanti apa pula kata pegawai yang memberi kunci
kuarters itu. Seolah- olah saya main- mainkan dia saja. Saya harap Mak Long
faham ya?” jelasku agar Mak Long mengerti maksudku.
Sayang pula hendak serahkan kembali kuarters
itu. Lagipun aku tidak nampak pula benda- benda yang menakutkan selain wangian
sebelum Maghrib. Aku meminta izin Mak Long, untuk pulang ke kuarters kerana
hari sudah lewat petang. Aku mencium tangan Mak Long sekali lagi dan terus
beredar.
Genap sepuluh hari aku menduduki kuarters itu
dan malam ke sebelas ini agak pelik sedikit. Ketika sedang mandi, tiba- tiba
suis lampu ditutup. Meraba- raba aku di dalam bilik air. Cepat- cepat aku
keluar dan memasang semula suis tersebut. Aku menyambung kembali mandi yang
tidak sudah tadi dan tidak kurang enam atau tujuh kali suis lampu ditutup lagi.
Namun, perasaanku tidak goyah atau takut tetapi lebih mengesyaki bahawa suis
situ yang mungkin bermasalah.
Ketika aku sedang solat pula, paip air tiba-
tiba terpasang dengan derasnya. Begitu juga dengan lampu. Selesai sahaja aku
mendirikan solat, aku terus menutup paip dan suis lampu. Ketika itu juga paip
dan lampu bilik air utama pula yang terpasang. Terduduk aku di lantai sambil
memikirkan fenomena yang tidak pernah aku alami selama ini.
“Pergi mampuslah dengan engkau. Malas aku hendak
melayan.” Begitulah aku menyumpahnya dan terus menonton televisyen.
Wallahi.. Wabillahi.. Wattakallahi… Bukanlah aku
hendak menokok tambah cerita tetapi inilah yang berlaku ketika ini dan di depan
mata dan kepalaku. Tidak cukup dengan api dan air yang kerap terpasang dan
tertutup dengan sendirinya, kini satu demi satu batu bergolek di atas lantai ke
arah aku menonton televisyen. Aku mengutip batu- batu itu dan memasukkannya ke
dalam tin. Penuh juga tin itu dengan batu- batu. Ketika ini aku sudah agak
beremosi sedikit sambil menjerit.
“Apa benda ni?! Lampulah! Airlah! Sekarang main
dengan batu pula! Daripada baling batu, lebih elok kalau baling kemenyan.”
Bentakku sepenuh hati.
Tak perlu tunggu lama. Kali ini kemenyan pula
yang datang bergolek. Baru sekarang hatiku terbit perasaan takut. Tapi, belum
lagi sampai ke tahap kecut perut mahu terkencing.
Waktu malam pula sewaktu aku hendak melelapkan
mata, wangian atas katilku harum semerbak umpaman katil pengantin. Disebabkan
terlalu wangi, aku pun mengambil bantal dan pindah di bilik sebelah. Aku tidak
pasti tika itu jam berapa kerana sebaik sahaja aku tersedar, aku sudah berada
di bilik asal tadi.
Banyak lagi adegan- adegan yang sukar dijelaskan
secara logik yang bakal menyusul kemudian.
No comments:
Post a Comment