Pages

9 February 2015

BAB 14 : HARI TEMU DUGA

            Pada pagi hari yang telah ditetapkan untuk temu duga, aku telah melangkah keluar dari rumah seawal jam 7 pagi. Sebaik sahaja sampai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, aku dapati tiada seorang pun yang sudah sampai kecuali pegawal yang sudah terpacak di depan pintu pagar. Berdirilah aku di bawah sepohon pokok rendang sambil mengepit fail dengan isi kandungannya yang tidak seberapa itu. Geli pula hatiku melihat fail yang terlalu tebal ini. Bak pepatah Melayu, “besar pasak dari tiang”, “mahal rantai dari tiang”, dan yang sewaktu dengannya yang memberi maksud ‘tak padan’.
Angin yang meniup di puncak bukit ini membuatkan baju dan seluarku berkibaran seperti bendera Terengganu yang berwarna hitam dan putih. Tali leher pula lebar macam ‘sapra’ meja makan. Perasaanku seolah- olah aku sudah kacak sangat.
Tepat jam 7.45 pagi, pegawal baru membuka pintu pagar utama dan semua kakitangan meluru masuk menuju ke meja masing- masing. Aku pun turun meluru masuk seolah- olah aku juga salah seorang kakitangan di situ.
Selepas bertanya di mana tempat dijalankan temu duga itu, aku terus ke Bilik Gerakan setelah ditunjukkan oleh salah seorang kakitangan di situ. Ketika itu, aku lihat seorang kakitangan sedang menampal sehelai kertas yang tertera nama calon- calon yang dipanggil untuk temu duga. Kalau tidak silap aku, nama- nama yang tersenarai berjumlah 60 orang. Mulalah aku tertanya- tanya dalam hati.
Berapa ramai calon yang akan terpilih?”
Ada harapan ke untuk aku dapat? Macam tak je.
Aku bermonolog di dalam hati.
Semua yang hadir sudah berumur. Hanya segelintir calon sahaja yang aku rasakan seperti sudah hendak pencen. Aku pula seorang calon yg aku rasakan seperti terkontang- kanting kerana baru berusia 18 tahun. Aku menyemak sekali lagi namaku di kertas yang ditampal itu. Aku calon ke 58. Pukul berapa agaknya giliran aku? Aku sendiri tidak tahu.

Selepas jenuh menunggu, akhirnya lima minit sebelum pukul 4, namaku dipanggil untuk masuk ke dalam bilik. Macam- macam ayat dan doa aku baca dari Al-Fatihah sehinggalah ke Ayatul Kursi.

Terima Kasih

No comments:

>
© DI SEBALIK CERITA INI | Design By Blog Bingkisan Hati