Pembohong besarlah aku sekiranya aku
katakan aku tidak diberi makan di rumah. Tetapi ketika di meja makan, hendak
tambah lagi pun ada perasaan takut. Bila anak- anak bapa saudaraku pandang saja
padaku, terasa pula seolah- olah aku kuat makan. Kalau hendak difikirkan,
memanglah kanak- kanak usia sebegini memang ada selera makan. Seingat aku, belum
pernah aku menambah nasi kecuali yang ada di pinggan itu saja yang aku
habiskan. Cukup ke, tak cukup ke, kenyang ke, masih lapar lagi ke, pastinya aku
akan bangun dan basuh pinggan yang aku pakai disamping menunggu pinggan mangkuk
yang lain untuk dibasuh juga. Selesai satu tugas! Selepas ini, aku perlu mengelap meja
dan menyapu lantai. Membesarlah aku dengan cara begini. Inshaa-Allah, sama juga dengan kanak- kanak
yang seusia denganku. Hanya nasib dan perjalanan hidup dan coraknya agak
berbeza. Beruntunglah anak- anak yang masih mempunyai ibu bapa dan mendapat
sepenuhnya kasih sayang. Semua yang aku lalui, demi Allah, tidak pernah aku
kesali. Bukankah telah aku katakana, disebalik semua kesusahan ini, pastinya
ada hikmahnya. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui tempoh dan masanya. Diam
tak diam, sudah lapan tahun aku hidup begini. Wajib aku bersyukur kerana ada
juga rumah untuk berteduh dari hujan dan panas dan dapat juga sesuap dua nasi
memasuki mulutku.
Begitu juga dengan adik perempuanku.
Dia kini sudah pandai memasak, menuang air, dan juga menjahit bajunya yang
koyak. Kerap aku merenung wajahnya dan ada ketikanya aku lebih tangisi adikku
dari memikirkan nasib aku sendiri. yang pastinya nasib kami sebakul. Kami
harungi bersama. Kisah abangku pula entah ke mana, tapi dia juga membesar
seperti kami disini.
No comments:
Post a Comment